WELCOME TO MY BLOG.ENJOY HERE! | Dashboard | +Follow

Gorgeous
AboutLinksStuffEntries

________________________________________________________________________________________
Saturday, August 31, 2013 | 1:32 am | 0 Atasinchi
How time flies :) people kept change. And I don't like it. I want my friends. My old friends. My friends who always there for me when I need them. My friends who always understand what I feel. The friends who know what is deep in my heart without me telling them. And I hate myself. The new me. I hate. Aku perasan, sejak kebelakangan ni aku suka sakitkan hati orang dan dalam masa yang sama aku sakitkan hati aku juga. Aku rindu kawan lama aku tapi dalam masa yang sama aku sakitkan hati dia. Apa masalah aku sebenarnya ?

Sejak kebelakangan ni aku kerap belek buku islamiah. Aku baca apa yang aku tak pernah tahu. Mula-mula aku ingat senang. Tapi kepala aku bukan jenis yang boleh ingat/hafal dalam jangka masa yang pendek. Dan pada pengakhiran bacaan aku, aku menangis. Kenapa. Kenapa aku tak boleh jadi macam orang lain ? Orang yang kuat agama. Aku teringin. Tersilap percaturan pergaulan kah aku ini ? Aku tahu khilaf aku. Tapi aku ego untuk mengiyakan. Bagi aku 'It's okey. semua orang pun macam aku' Aku pernah cuba nak berubah. tapi satu pun tak jalan. Niat aku berjalan separuh jalan ja. Kenapa dengan aku ?

Bila teringat tentang kiamat, aku jadi takut. Amalan aku tak cukup lagi untuk dibawa ke dunia lain. Aku tahu. Bila-bila masa je malaikat maut akan cabut nyawa aku. tapi aku tak bersedia. Aku akan menangis setiap kali aku buat mak aku marah. derhaka kah aku ?

Sekarang aku asyik sakit je. Aku tak pernah bagitahu sesiapa. Sebab biarlah antara aku dan Dia sahaja yang tahu betapa sakitnya diri ini. Tapi siapa yang baca blog aku ni, sure tahu sebab sekarang aku tengah bongkarkan rahsia ni or mungkin tak sampai sekeret jalan baca dorang dah gelak berdekah-dekah ?  Mungkin dorang fikir aku buat lawak. 

Lately, aku asyik sakit perut dengan kepala. Tang perut tu, dah banyak kali jugaklah. Sakit dia di bawah perut. Selalu datang lepas subuh. Nak kata apendiks, minta dijauhkan. aku nak hidup lagi. Yang part kepala tu, aku selalu sakit dekat bahagian atas kepala. kadang2 rasa macam kena shock karen bila sakit tu datang. Cancer ? Yang ini lagi lah aku minta dijauhkan. Aku tak sanggup. Bila aku cakap aku sakit dan mak ajak pergi hospital, aku jadi takut. Aku takut aku tak mampu nak teruskan hidup di bumi ni. Aku takut nak dengar apa yg doktor cakap. Jadi aku pilih klinik sebab doktor dia akan check gitu-gitu aje. 

Mungkin kawan-kawan aku fikir hidup aku ni bahagia. Sebab aku tak pernah nk tunjuk muka *ada masalah keluarga* aku dekat sekolah. Tapi kenyataannya tidak. Aku selalu jealous tengok kawan-kawan aku bergelak ketawa dengan family dorang. Kenapa family aku tak mcm tu ? Mungkin aku dimewahkan dengan duit tapi bukan tu yang aku nak. Aku nakkan kasih sayang. bukan harta benda. Bapak aku seorang yang garang dan panas baran. dan disebabkan panas baran dia tu lah aku jadi pengecut sampai sekarang. Kata-kata dia, makan dalam membuatkan aku kecut untuk berbicara. aku pelik tengok kawan2 aku bergelak sambil tampar2 manja dengan bapak mereka. Sumpah pelik ! Mak aku selalu tak ada dkt rumah. Rutin dia setiap masa adalah kerja, kerja dan kerja. Kakak2 aku pulak semua nak jauhkan diri dari perangai bapak aku yg baran tu. Jadi dorang pilih untuk belajar jauh2. seorang di johor, seorang di kuantan dan seorang lagi sudah berkeluarga di perak. Aku ? Masa aku hanya di habiskan dengan membaca novel dan melayari internet. Kalau tiada 2 benda alah ni, sunyilah hidup aku.

Itulah sebabnya aku pilih untuk ke sekolah daripada ponteng. Di sekolah aku ada kawan2 yang boleh membuatkan aku bergelak ketawa. Aku benci tengok muka aku bila pucat. Macam hantu yang kehausan darah. Tapi aku adalah seorang manusia yang kehausan kasih sayang. Itulah bezanya aku dan hantu :)


*Aku tahu entry ni agak pelik. Memang agak pelik sebab tiada 'HAHAHA' Tiba-tiba rasa mcm nak buat luahan perasaan so inilah dia :) Ya Allah menangis aku bila taip. Assalamualaikum


PAST FUTURE


_______________________________________
◕ Disclaimer ◕



My name is Nur Syahirah.This is my Official Blog so It's Real of me.
Please be nice here and don't copy what's mine!
I've CCTV here >.< put with your own.
_______________________________________
◕ Scream Here ◕