Monday, September 16, 2013 | 2:12 pm | 0 Atasinchi
Ni ceq nak habaq mai ni. So selepas di tolak, campur, darab serta bahagi, aku disahkan menghidap sejenis penyakit ayam. Ayam ? Geli je dengar. Untuk lebih sedap didengari, penyakit ini dipanggil sebagai chickenpox oleh manusia-manusia zaman sekarang. So berakhir sudah entry suspen aku. Sebenarnya aku sajeeeeee je update blog macam tu. Sebab aku tengok fynnjamal buat mcm style je. Takpe, nanti kalau aku ada sakit kepala ke sakit perut mahupun sakit nak mati, akan aku update suspen-suspen macam tu lagi.
Perasaan aku bila orang baca penulisan aku "Sure dia orang ingat aku psycho"
Cerita sebenarnya dia, aku tk tahu pun aku dapat chickenpox. Tiba2 satu pagi tu aku bangun, badan aku dah ada merah-merah. aku apa lagi ? melalak lah ! time tu dalam kepala otak aku 'Aku ni ada cancer ke?' Astaghfirullahalazim. Jauh imaginasi aku. Pagi Rabu tu aku gagah lagi pergi sekolah tapi keesokkan harinya aku terpaksa pulak buat temu janji dengan hospital. Ala-ala dating lah kiranya. Nak kata candle light dinner, aku pergi hospital pagi. Takpe. Lunch date pun okey. Ahhh belasah !
Masa sampai hospital tu aku dah menggeletar satu badan. Konon dok tunggu doktor nak cakap 'Saya harap awak bersabar dengan berita yang akan saya khabarkan' tup-tup, dia check aku mcm doktor2 lain selalu buat pastu sembang2 sikit sambil tulis something dkt kad pesakit. And lastly dia cakap 'Okey tu je lah.'
Agak ada penyesalan di situ. Aku tertanya, doktor ni tknak amek darah aku ke untuk sahkan aku betul2 tak hidap penyakit merbahaya ? Penat tau aku menggeletar masa sampai hospital tadi. Lagi penat aku menangis sebab takut diri ni menghidap cancer last stage. Tapi takpe, demi untuk memanjangkan mc, aku sanggup bertandang ke hospital buat kali kedua pada esok hari. Hahaha. Alahai Izzati, Why you so novel-novel ? Penulisan hang pun dah jadi ayat buku. Something wrong with your head kiddo






